Friday, July 27, 2012

Fasting in the month of Ramadhan

        Alhamdulillah.Allah beriku peluang untuk berjumpa dengan Ramadhan lagi. Bulan yang penuh rahmat dan berkat. Kali ni aku ingin bercerita mengenai pengalaman diriku berpuasa ketika berumur 9 tahun. Aku mula belajar puasa ketika umurku 8 tahun dan mula berpuasa penuh ketika berumur 9 tahun. Kira ni zaman mula2 belajar berpuasa....Macam2 kerenah yang berlaku pada masa ni.Antaranya, balik dari sekolah, aku akan berendam dalam bilik air lama2.Hehe..Ni sebab terpengaruh dengan rakanku yang suka berendam lama2 kononya nak hilangkan rasa dahaga.Haha...Rupa2nya kalau berendam lama2 boleh bawa kepada makruh dan kuranglah pahala...Itu kisah berendam, kisah nak bangun sahur satu hal lagi.Memang susah bangun pagi aku ni...Masih tak boleh lupa, pernah satu ketika, adik aku bengang aku tak bangun2, beliau dengan bangganya lumurkan garam kat mulut aku...cesss....memang angin aku masa tu...Terus adik aku gelakkan aku sebab mulut penuh dengan garam...hahaha...Lama kelamaan, bila dah masuk sekolah menengah, aku boleh bangun sahur dengan sendiri sebab aku sedar sahur penting untuk kita bertahan sehingga maghrib dan Rasulullah SAW berpesan, makanlah sahur walau dengan sebiji kurma dan air. Bila sampai waktu berbuka, aku lah orang yang paling rajin...haa...rajin duduk atas meja makan tunggu waktu berbuka. Zaman sekolah rendah dulu, macam2 nafsu nak makan.Kalau pegi pasar ramadhan, kalau boleh semua jenis kuih nak borong.Air pulak mesti yang manis2...macam air oren jus.hehe...Bila cakap pasal air ni, teringat daku pada cousin ku yang sorang ni.Fuhh...masa dia umur lebih kurang 10 tahun, dia mesti beli 3 jenis air untuk berbuka.Air yang berlainan colour...hehe...dia ni spesies ikan ape sbb banyak minum air....Lepas tu dia susun atas meja, air yang mana dia nak minum dulu....heheh.Kelakar betul...Banyak sebenarnya kisah berpuasa semasa zaman kanak2 ribena dulu...zaman baru belajar berpuasa.Hehe...Kadang2 aku rasa makanan masa berbuka puasa lebih mewah dari makanan masa hari2 bukan bulan puasa. Alhamdulillah....rezeki dari Allah.