Saturday, August 25, 2012

Eid Mubarak


          Syawal adalah hari kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan. Kemeriahan di kala syawal memang sangat dirasai pada hari pertama syawal. Kanak2 adalah golongan yang paling seronok meraikan syawal kerana ibu bapa akan menyediakan baju dan kasut baru untuk mereka. Bukan itu sahaja, saudara mara serta rakan ibu bapa mereka akan berikan duit raya.
Habis je raya, malam tu mesti kira duit raya.Hee.Sangat seronok di kala zaman itu. Ada yang berlumba2 mengira duit raya siapa yang paling banyak...(ni aktiviti daku dan adik2 ku)...hee..
Namun, budaya datang ke rumah untuk dapat duit raya tidak sepatutnya ditanamkan dalam diri kanak2. Syawal diraikan untuk menziarahi saudara mara, sahabat dan saling memohon maaf...
Apa pun raya memang best sebab dapat makan dan makan makanan yang sedap2...hehe...
Di bawah ni gambar raya tahun lepas, 2011 (1432 H) 
Selamat hari raya Aidilfitri.Mohon maaf zahir dan batin