Tajuk kali ni nampak macam formal sikit.Yeah, kali ni aku nak menyampaikan pendapat aku berkenaan sistem pendidikan.
Menceburkan diri dalam dunia pendidikan dan penyelidikan, jadi aku selalu berfikir apakah jenis pendidikan yang terbaik untuk sesebuah negara?
Diberi peluang untuk belajar di negara lain, aku dapat mempelajari dan melalui sistem pendidikan mereka. Kelihatan hampir sama sistem pendidikan sekolah menengah di antara Malaysia dan UK. Ya, mungkin kerana Malaysia pernah dijajah dengan British. Tetapi berbeza dengan pendidikan sekolah rendah mereka. Apa yang beza? Di Malaysia, kita ada peperiksaan penggal pertama dan kedua, tapi untuk sekolah rendah mereka, tidak ada peperiksaan penggal pertama.Hanya exam akhir tahun.
Sekolah rendah mereka lebih 'relax', tidak terlalu banyak exam dan tidak ada UPSR.
Kalau di sekolah menengah pula, mereka ada exam akhir tahun, tapi tiada ujian bulanan dan exam pertengahan tahun. Mereka ada 'exam' besar hanya pada umur 16 tahun yang dikenali sebagai GCSE atau SPM seperti di Malaysia.
Belajar adalah suatu proses mempelajari ilmu dan menghayati ilmu tersebut supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Di sekolah rendah, kita belajar perkara asas seperti membaca, menulis dan mengira. Kemudian, setelah berjaya mempelajari asas, kita akan belajar berfikir dan bercakap di khalayak ramai atau menyampaikan pembentangan (presentation) di dalam kelas.
Kalau dilihat perbandingan sistem pendidikan kita dan luar negara, kita terlalu banyak exam dan ini menyekat proses berfikir para pelajar. Berfikir inilah banyak ditekankan dalam sistem pendidikan di luar negara. Sebenarnya agak terlambat untuk mendidik pelajar berfikir ketika mereka sudah masuk ke alam universiti. Kemahiran berfikir (cognitive skill) sebenarnya perlu bermula sejak mereka berada di sekolah rendah lagi.
Masih aku ingat zaman sekolah dulu, aku suka baca sesuatu yang luar dari buku teks yang di ajar di sekolah. Contoh kalau subjek fizik, aku suka baca berkenaan astronomi dengan lebih mendalam. Akan tetapi disebabkan ada ujian bulanan, ujian pertengahan tahun dan entah apa2 lagi ujian yang ada, jadi tersekat pembacaan aku tadi disebabkan terpaksa fokus kepada topik yang akan masuk ujian. There is something wrong with our education system.
Sebenarnya, setiap manusia yang Allah jadikan di dunia ini, ada kelebihan mereka masing-masing. Ada yang cemerlang dalam subjek Matematik, ada yang cemerlang bidang kemahiran dan ada yang cekap dalam menghafal Al-Quran. Akan tetapi kita di ajar sama-rata tanpa memikirkan kelebihan setiap pelajar tersebut. Pada pendapat aku, kita terlalu lama berada di sekolah dan belajar semua subjek secara 'general'. Kita belajar 9 subjek dan kesemua subjek tersebut ada 'exam' dan mengharapkan semua subjek itu kita berjaya dapat A. Hakikatnya, kita hanya belajar 'on the surface' tanpa menghayati ilmu tersebut. Ya, kita hanya menghafal tanpa memikirkan ilmu yang kita perolehi untuk dimanfaatkan. Sepatutnya pada usia 13 tahun, kita sudah fokus pada bidang yang kita ingin ceburi. Sekiranya pelajar tersebut bijak dalam bidang Matematik, beliau sudah boleh mendalami bidang tersebut dan menjadi pakar Matematik pada usia 16 tahun. Ya, memang ada pelajar yang sudah diterima masuk ke universiti pada usia 13 tahun untuk mengambil Bachelor degree in a specific subject.
Kalau kita lihat bagaimana ilmuwan Islam dahulu belajar menimba ilmu, pastinya mereka belajar kerana mereka minat yang mendalam dalam sesuatu bidang. Kebanyakan ilmuwan Islam dahulu, mereka menghafal Quran pada usia 10 tahun dan ke bawah. Ya, sumber ilmu yang pertama adalah Al-Quran dan Sunnah. Jadi, ilmuwan Islam seperti Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Al-Razi dan sebagainya, mereka mempunyai asas yang kuat dan akhlak yang baik sebelum mempelajari ilmu-ilmu yang lain.
Jadi di bawah adalah cadanganku untuk sistem pendidikan:
5-7 tahun: Pendidikan asas membaca,menulis,mengira dan didikan adab yang baik
7-9 tahun: Memahami dan menghafal Al-Quran bagi yang beragama Islam dan didikan adab dan
akhlak
10-12 tahun: Kemahiran berfikir dan bercakap di khalayak ramai dan pendidikan Al-Quran dan
sunnah
13 - 15 tahun: Pelajar fokus kepada bidang yang diminati. (Contoh: Bachelor degree in Chemistry)
16- 20 tahun: Sudah bekerja atau melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi
Kenapa cadangan di atas cuba aku ketengahkan? Kerana aku selalu dengar para guru menyatakan ada pelajar di sekolah menengah di tingkatan 1, mereka tidak berminat dengan akademik, bukan kerana mereka malas, tetapi kerana kelebihan mereka adalah bidang kemahiran.
Seperti yang aku huraikan di atas, manusia ini mempunyai kelebihan masing-masing, tapi sistem pendidikan tidak adil untuk mereka.
Sistem kita yang ada sekarang, bidang kemahiran di ajar pada usia 16 tahun. Sebenarnya ini sudah terlambat. Mereka telah habiskan masa dari 'Form 1 sampai Form 3' mempelajari sesuatu secara 'general' semata-mata.
Mungkin ada yang kurang setuju dengan cadangan aku dengan menyatakan bagaimana pula subjek seperti sejarah,geografi dan sebagainya.Bila mereka perlu belajar? Sebenarnya subjek ini boleh di ajar pada umur 10-12 tahun lagi. Tidak perlu tunggu sampai umur 13 tahun baru belajar.
Cuba kita fikirkan semula, semasa kita dahulu berumur 10 hingga 12 tahun, subjek apa yang kita belajar? Maths, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Agama Islam. Kenapa ambil masa selama 3 tahun hanya belajar 5 subjek sahaja? Bukankah subjek sejarah, geografi dan kemahiran hidup boleh digabungkan sekali bersama BM dan BI. Kedengaran agak 'complicated' tapi itulah yang dilakukan oleh mereka yang sekolah secara private. Ini kerana pada usia 13 tahun, mereka sebenarnya sudah fokus pada sesuatu bidang dan sebenarnya semasa mereka fokus bidang tersebut, mereka masih boleh belajar banyak subjek tanpa mengambil peperiksaan.
Sesetengah orang belajar hanya kerana ada peperiksaan. Itulah masalah besar manusia pada zaman sekarang. Tidak seperti ilmuwan Islam pada zaman kegemilangan dahulu. Belajar sebab nak tahu dan berusaha untuk jadi insan yang terbaik.
Akhir kata, teruskan menuntut ilmu kerana Allah kerana ilmu sebenarnya sangat luas dan tidak terbatas pada had umur.
![]() |
Hydrangea |