Hari Jumaat lepas, aku hadir ke kuliah tafsir di Malaysia Hall London.Kuliah ni diadakan setiap petang Jumaat. Ustaz Abu Hafiz adalah penceramah untuk kuliah ini. Beliau ada memberitahu kami, orang yang hadir ke kuliah ilmu, akan diberikan Allah pahala dan diampunkan dosanya yang lalu. Setiap kali aku hadir ke kuliah2 seperti ini, aku berasa sangat tenang dan terasa dekat dengan Allah.
Semasa kuliah tafsir, aku sangat suka apabila beliau sering mengingatkan kami supaya bangun tahajjud mohon pada Allah apa yang dihajati. Setiap kali ke kelas beliau, pasti beliau akan mengingatkan kami tentang tahajjud dan mohonlah pada Allah apa yang kita harapkan.
Tahajjud adalah suatu perkara yang sangat sukar dilakukan lagi2 apabila lena diulit mimpi. Aku yakin, dengan solat tahajjud kita dapat membersihkan hati dan fikiran serta dapat mendekatkan diri kepada Allah. Pasti, ramai Muslim di luar sana sedang berusaha ke arah menambahkan pahala dan amal ibadat.Semoga kita semua mendapat keampunan dan keredhaan Allah.
No comments:
Post a Comment