Friday, April 6, 2012

Revolusi Hijab

           Kali ni mengenai hijab pula.Apa yang dimaksudkan dengan hijab? Hijab adalah pakaian menutup aurat yang dipakai oleh kaum muslimat dan hijab tidak semestinya merujuk kepada tudung sahaja. Hijab adalah pakaian yang dipakai dengan sopan atau dalam bahasa omputihnya modesty.Baju, seluar atau kain yang longgar serta menutup semua bahagian badan melainkan tangan dan muka adalah dikategorikan sebagai hijab. Kebiasaanya kita memahami hijab merujuk kepada tudung dan kali ni entriku bertajuk revolusi hijab.Hehe...
      Di Malaysia sebagai contoh, seingat diriku fesyen tudung mula melalui proses revolusi pada tahun 2001.(Haha...tudung pun ber revolusi jugak). Masa ni adik aku selalu describe sorang cikgu bio ni dengan fesyen tudung dia. Ala...cikgu bio yang pakai tudung colour two face.Hik hik...pandai je adik aku menggelarkan tudung two face.Sebab katanya tudung tu ada 2 tone colour yang berbeza. Contohnya, kalau warna merah, sebelah colour dia merah gelap, sebelah lagi merah cerah. Macam dalam gambar kat bawah ni:
Tudung two face
             
        Sebelum2 ni fesyen tudung lebih kepada tudung bawal. Biasanya kakak2, makcik2, adik2 akan ke jalan TAR untuk mencari tudung2 bawal ni. Murah dan cantik katanya.Ahaks :P.
         
Tudung bawal
      Bukan sahaja jenis2 tudung yang menjadi pilihan masa kini, tetapi cara pemakaian juga menjadi trend.Contohnya, cara pakai tudung antenna. Ni juga istilah adik aku . Tudung antenna ni adalah tudung yang di pin kan di atas kepala dan kelihatan seperti antenna dari belakang.Haha...
       Selepas tudung bawal, selendang menjadi pilihan si dara dan mak dara.Ahaks :P Selendang ni kena pakai lilit-lilit dan pin sana dan pin sini. Fesyen ni agak takes time la nak bersiap.Kena pakai elok2 baru nampak cun....ekekeke
Selendang
     Tahun 2009, timbul pula tudung Ekin (Mawi) atau brand nya dikenali dengan tudung Ariani. Sekarang ni ramai yang suka dengan tudung jenis ni sebab katanya dia terus sarung je.Tak payah nak lilit sana, lilit sini dan tak payah nak gosok jugak. Kalau dah kahwin dan ada anak kecil, pakai je dan terus jalan naik kete.Seperti kata makcik ku, takdelah pakcik ko terjerit2 panggil makcik yang tengah dok bersiap mengadap cermin nak pakai tudung.Hehe.Ada pula yang menggelar tudung ni tudung Assalamualaikum.Sebab katanya, kalau ada orang datang rumah bagi salam, capai je tudung ni dan buka pintu.Ekspres katanya.Hehe...Macam2 istilah yang diaorang bagi...

Tudung Assalamualaikum

    Ada sesetengah orang tak suka tudung style ni sebab dia berpendapat bila pakai nampak macam orang dah berumur. Hehe.Tengok pada si pemakainya lah kot...Aku sendiri jarang pakai tudung macam ni sebab tudung Ariani agak pendek dan kalau pakai baju kurung aku rasa tidak menutup sepenuhnya...tapi ada juga tudung seperti ni yang agak labuh tapi aku masih tak boleh masuk dengan tudung style ni.Hik hik....suka hati ko lah...kata makcik aku.
    Selain dari tudung style ni, ada pula tudung Syria. Wah...jauh sungguh...dari Syria tu...Tudung ni juga sedang femes pada masa kini sebab skaf nya berwarna warni seperti dalam gambar di bawah...

Tudung syria



     Wahhh....banyaknya jenis tudung.Belum lagi aku story tudung turkey, yuna, hana tajima, dan yang seangkatan dengannya.Haha...sesungguhnya perempuan memang suka kelihatan cantik dan menarik dan sangat concern dengan fesyen2 ni.Maka, wujudlah pelbagai fesyen tudung.Kalau di UK, majoriti umat Islam di sini pakai tudung jenis selendang yang dililit.Biasanya orang Arab dan Pakistan suka fesyen seperti ni.Walaupun diriku bukan Arab atau Pakistan, tapi aku suka jugak fesyen ni.Hik hiks...
    Kesimpulannya, walau apa pun fesyen, yang penting adalah menutup aurat seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran surah An-Nur (24:31). 

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya (www.surah.my).


No comments:

Post a Comment