Entri kali ni berkenaan minat seseorang dalam sesuatu bidang. Contohnya sekiranya seseorang tu minat bidang psikologi, apa yang mendorong mereka mengambil subjek tersebut?
Minat seseorang bergantung kepada banyak faktor. Antaranya adalah faktor mudahnya subjek tersebut untuk diri seseorang itu atau faktor persekitarannya. Contohnya, jika ibu bapa mahu anaknya mendalami bidang kejuruteraan, mereka perlu mendedahkan anak2 nya dengan buku2 sains dan teknologi. Belikan alat permainan yang ada unsur2 kejuruteraan dan video yang berkaitan dengan pembelajaran fizik dan matematik. Namun, itu hanya peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa. Peranan anak itu sendiri pula bagaimana mereka berusaha untuk meneruskan minat mereka dalam bidang yang diceburi.
![]() |
suka maths |
Akan tetapi bagi diriku, minat adalah sesuatu yang lahir dalam hati naluri seseorang tentang bidang yang di ambil. Ia sangat berkaitan dengan keyakinan yang tinggi serta faktor2 kejayaan yang dilalui. Contohnya, jika di sekolah, beliau sangat minat mempelajari subjek matematik dan fizik. Walau susah pun subjek tersebut, beliau sanggup meluangkan masa yang lama untuk menjadi mahir dan memperolehi skor yang tinggi. Apabila kita minat tentang sesuatu, kita akan fokus dan sentiasa berfikiran positif yang kita akan berjaya suatu hari nanti.
Begitu juga dengan kerjaya. Alhamdulillah, sekiranya kita jatuh cinta dengan kerjaya yang diceburi, sudah pastinya kita akan bekerja dengan sepenuh hati dan buat yang terbaik. Ikhlas dalam bekerja adalah paling penting untuk mendapatkan kebahagiaan malah akan dapat pahala dari Allah. Walaupun ada sesetengah golongan memandang rendah kepada pekerjaan yang mereka rasakan tidak hebat (walaupun tidak hebat, tapi rezeki yang halal), tetapi disebabkan minat yang mendalam, pastinya mereka tidak endahkan apa yang orang katakan.
![]() |
Kerja-kerja2 |
Dalam konteks minat pada seseorang, kita akan berusaha memenangi hatinya dan memberikan yang terbaik kepada dirinya. Contohnya, menceriakan hari2 nya dan mendoakan kesejahteraannya.
Hmm...kenapa lah daku tulis pasal minat ni? haha...Sebab lecturer aku suruh buat essei bagaimana anda boleh minat dengan penyelidikan yang anda ceburi?Essei ku on the way...tak siap lagi...ngeh2....
No comments:
Post a Comment