About Me

My photo
Latiffah.Writer of this blog. An informal form of writing on travelling, self-motivation and education.

Sunday, January 27, 2013

Be Positive :)


Berfikiran positif adalah suatu perkara yang sebenarnya mudah dilakukan.
Melihat semua perkara dari sudut yang positif.
Bukan mencari kesalahan orang lain.
Sentiasa terbuka dengan mereka yang berbeza pendapat dan idea.

Teringat diriku dengan kata-kata Imam Al-Ghazali:
Apabila kita melihat seseorang yang bukan Islam, kita sebenarnya perlu memandang mereka dari sudut yang positif. Mungkin orang bukan Islam itu tidak tahu mengenai Islam kerana tiada orang Islam yang cuba berdakwah dan menyampaikan mengenai Islam kepadanya.Sekiranya orang bukan Islam itu menerima hidayah dan memeluk Islam, mungkin dia akan jadi seorang Muslim yang lebih baik dari kita.

Begitu juga dengan mereka yang pernah terlibat dengan perkara2 yang tidak baik.Kita tidak boleh mengumpat, menghina dan mencaci mereka kerana sekiranya mereka bertaubat, taubat mereka diterima, ibadat mereka lebih banyak dan mungkin pahala mereka lebih banyak dari kita.
Lihatlah sekeliling kita dengan pandangan yang positif kerana hati dan jiwa kita akan rasa sangat tenang dan tenteram.

Berfikir positif membuka mata hati
Membuatmu tersenyum menatap hari
Berprasangka baik dapat membahagiakan diri
 

Berprasangka baik memberikan kekuatan
Untuk menghadapai dunia yang penuh cubaan
Begitulah Allah mengatur gelombang kehidupan
Yang hanya mampu dibaca oleh orang yang beriman

Berfikir positif membawa kebahagiaan
Yang penuh hikmah jika kita renungkan
Jangan menyerah dalam menggapai kejayaan

Kerana kejayaan perlukan kesabaran dan pengorbanan

Puisi ini di adaptasi dari http://puisiinspiratif.blogspot.co.uk/2011/06/selalu-berfikir-positif.html


No comments:

Post a Comment