Tuesday, April 30, 2013

PILIHAN


Hidup ini sentiasa diuji di dalam membuat sesuatu pilihan.Sepanjang diriku berada di atas muka bumi ini, diriku sering mengalami dilema dalam membuat pilihan.
Kali pertama diriku perlu membuat pilihan adalah ketika berumur 16 tahun. Ketika itu, aku dapat tawaran ke MRSM Kuantan, Pahang. Memang salah satu impian ku adalah ingin belajar di sekolah asrama. Pada umur ku 12 tahun lagi, aku selalu bayangkan seronoknya belajar bersama-sama rakan sebaya.Alhamdulillah, semasa di tingkatan 3, keputusan PMR ku melayakkan diriku ke sekolah berasrama. Namun, pada ketika itu, aku dilanda dilema sama ada ingin ke sekolah tersebut atau kekal di sekolah harian ku. Mengapa aku tiba2 dilanda dilema? Biar diriku senaraikan sebab2 yang mebuatkan diriku berfikir sekali lagi:

1) Aku kena kongsi bilik, toilet, iron dengan ramai pelajar sedangkan apabila diriku berada di rumah, aku tak perlu kongsi semua itu kerana adik beradik ku tidak ramai dan aku seorang je perempuan, jadi aku memang ada bilik ku sendiri.

2) Semua kemudahan seperti komputer, internet, printer dsb ada di rumah ku. Belum tentu di sekolah asrama, ada internet kerana pada tahun 2000, internet belum meluas lagi di sekolah2.

3) Aku boleh belajar bila2 sahaja aku suka, tidak perlu nak tunggu masa prep atau mengikuti riadah yang ditetapkan di sekolah asrama. Aku mempunyai banyak masa sendiri untuk belajar.

Itu antara sebab2 kenapa aku berfikir untuk tidak ke asrama. Setelah aku berfikir semula, aku membuat keputusan untuk belajar di sekolah harian. Tidak dinafikan, banyak kelebihan belajar di sekolah asrama. Di antaranya, belajar berdikari contohnya basuh baju sendiri, belajar hidup di dalam masyarakat yang pelbagai ragam.
Kadangkala, diriku terfikir, sekolah berasrama sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai banyak kemudahan di rumah.Mungkin di rumah, tidak ada komputer dan internet. Di rumah, terpaksa berkongsi bilik dengan adik beradik yang ramai.Kadang2 makan minum tidak terjaga apabila mereka berada di rumah dan tidak pandai mendisiplinkan diri belajar apabila di rumah.Mungkin di rumah, mereka sering menonton televisyen dan tidak pandai membahagikan masa.

Bagi diri ku, aku rasa boleh membahagikan masa dengan baik dan semua kemudahan belajar ada di rumah ku. Oleh itu, aku memilih untuk tidak ke sekolah asrama dan Alhamdulillah, keputusan yang aku buat adalah tepat dan sesuai untuk diriku.

Selepas mendapat keputusan SPM, sekali lagi aku perlu buat keputusan untuk memilih tempat belajar. Sejak diriku berada di tingkatan satu, aku bercita2 ingin ke UIA kerana aku rasakan universiti ini lain daripada yang lain.Namun, semasa umurku 18 tahun, aku telah mengambil keputusan untuk ke UiTM Shah Alam seksyen 17, mengikuti program Australian Matriculation. Keputusan matrikulasi ku melayakkan diriku ke Universiti of Auckland, New Zealand. Akan tetapi, disebabkan kegawatan ekonomi, JPA hanya menghantar mereka yang dapat keputusan 80% ke atas. Aku di beri pilihan untuk memilih universiti di Malaysia dan aku pilih UIA. Alhamdulillah, Allah memberiku peluang belajar di universiti impian ku. Sememangnya aku berasa sangat seronok belajar di UIA. Aku banyak mengikuti program universiti dan aku belajar bersungguh2 kerana aku sangat minat dengan pendekatan yang digunakan di UIA. Aku suka membaca buku2 mengenai Islam and Science, Islam, Knowledge and Civilization.

Alhamdulillah, zaman belajar di UIA adalah indah. Diriku bukan sahaja belajar ilmu dunia, tetapi ilmu akhirat juga diterapkan dengan baik. 
 


No comments:

Post a Comment