Sunday, June 16, 2013

Erti perkahwinan daripada pandangan seseorang yang belum berkahwin


A: Hai B, bila kamu nak kahwin?
B:InsyaAllah, sampai masanya, kahwinlah saya.

Dialog di atas adalah soalan standard yang biasa ditanya kepada mereka yang sudah menjangkau umur 20 tahun dan ke atas.

Apakah erti sebuah perkahwinan? Soalan ini sering bermain di dalam fikiran ku sejak diriku mula merasakan seseorang itu perlu berkahwin. Untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan ini diriku membeli buku2 berkaitan dengan perkahwinan.Buku2 seperti aku terima nikahnya, bercinta sampai ke syurga dan cinta murabbi oleh ustaz Hasrizal. Sememangnya hal2 yang berkaitan dengan perkahwinan telah dipelajari semenjak diriku berumur 17 tahun di dalam subjek pendidikan Islam tingkatan 5. Namun, ilmu yang aku tahu mengenai perkahwinan masih terbatas.

Di bawah ini adalah di antara apa yang difikirkan oleh mereka yang belum berkahwin berkenaan kehidupan selepas berkahwin:

1) Kahwin ni best sebab ada teman nak pergi ke mana-mana.
2) Untuk mendapatkan belaian dan kasih sayang dari pasangan.
3) Untuk mendapatkan zuriat.
4) Dapat berkongsi masalah dengan pasangan.
5) Rasa indahnya dunia ini apabila telah berkahwin.

Namun, perkahwinan tidaklah sentiasa indah seperti yang dibayangkan kerana dalam melayari kehidupan berumah tangga, pasti ada konflik yang akan berlaku bak kata pepatah " sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri".
Dalam hidup berumah tangga, SABAR, TOLERANSI, JUJUR dan FAHAMI pasangan adalah perkara yang sangat penting untuk hidup bahagia.
Suami isteri perlu saling bertolak ansur dalam mengatasi konflik yang berlaku. Kalau sebelum kahwin, mudah sahaja kita minta maaf kepada 'boyfriend dan girlfriend' kita, tetapi apabila telah berkahwin, perkataan saya minta maaf sangat susah diucapkan. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana kadangkala kita perlu beralah dan saling memaafkan.

Perkahwinan yang dilaksanakan ikhlas kerana Allah, pasti akan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.
Kepada sahabat2 di sana yang telah berkahwin, saya doakan anda semua bahagia sehingga ke syurga.Ameen.



No comments:

Post a Comment