My Land
A:Where do you from?
B:I'm from ............
Perbualan di atas adalah perkara biasa sekiranya kita baru berkenalan dengan seseorang.Kalau di negara kita, orang berminat ingin mengetahui kita berasal dari negeri mana.......Johor?Perak? dan sebagainya.
Kita sangat bangga dengan asal usul negeri kita dan ada sesetengah kita sangat bangga dengan bangsa dan keturunannya.
Begitu juga yang berlaku di sesetengah orang dikalangan kita, sangat berbangga dengan bangsa dan budaya mereka.Berbangga dengan bangsa sebenarnya sudah menjadi kebiasaan di kalangan manusia.Contohnya orang English, ada yang sangat bangga dengan bangsa English nya, Scottish nya, Irish nya dan banyak lagi bangsa di dunia ini. Akan tetapi di dalam Islam, Islam tidak menggalakkan kita terlalu bangga dengan keturunan kita.Bukan bermaksud tidak boleh bangga tetapi berbangga yang sangat melampau adalah tidak digalakkan.Kita perlu bersederhana.....
Masalah yang berlaku di negara kita, semangat perkauman sangat tinggi telah di didik sejak kecil kesan dari akibat kurangnya ilmu mengenai Islam.Sekiranya kita memahami Islam dengan baik, semangat perkauman dapat di kurangkan. Saya berpendapat agama Islam perlu dikembangkan dengan baik dan program-program dakwah perlu diperbayakkan. Tunjukkan akhlak yang baik dengan orang bukan Islam, supaya mereka tertarik dengan Islam.
![]() |
Tanah milik Allah untuk ditadbir oleh khalifah Allah dengan penuh kasih dan sayang http://liyanaisme.blogspot.co.uk/2011_04_01_archive.html |
No comments:
Post a Comment