Diriku seorang yang tidak cerewet dan tidak mudah marah.Mudah
menjadi tumpuan rakan-rakan terdekatku untuk meluahkan perasaan mereka mengenai
apa jua perkara.
Ada rakanku yang suka bercerita mengenai seseorang yang
diminati nya.Ada yang suka bercerita mengenai rakan sekerjanya yang tidak
sehaluan dengannya. Aku boleh menjadi seorang pendengar dan jika diminta aku
akan beri pendapatku mengenai apa yang diceritakan oleh rakanku.
Apabila aku baca sebuah buku bertajuk “Men are from Venus and
women are from Mars” perempuan pada kebiasaannya suka bercerita masalah mereka
sebagai salah satu cara untuk mengurangkan beban masalah yang
ditanggungnya.Kadang-kadang mereka hanya perlukan rakan untuk mendengar masalah
mereka dan mereka tidak perlukan pendapat untuk selesaikan masalah tersebut.
Cukup hanya sekadar mendengar dan itu sudah melegakan perasaan mereka. Bagi
yang sudah berkahwin para suami perlu memahami “character” isteri mereka yang
suka bercerita dan mengharapkan suami mereka mendengar. Pada kebiasaannya, suami
suka memberikan jalan penyelesaian yang kadangkala perkara itu tidak diperlukan
kerana isteri hanya perlukan sokongan dari suaminya.
Apabila bercerita mengenai masalah, aku teringat diriku 5
tahun yang lalu. Aku suka bercerita kepada semua orang dan aku pada masa itu
terlalu memikirkan masalah tersebut. Tetapi selepas masalah itu berjaya di
atasi, aku tidak lagi bercakap dan bercerita mengenai perkara tersebut.
Alhamdulillah, masalah itu tidak ada lagi.
Apabila mendengar masalah yang dihadapi oleh rakan-rakanku,
aku berdoa agar mereka berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selalu
berdoa dan dekat kan diri pada Allah kerana Allah sentiasa menyayangi kita
semua.
No comments:
Post a Comment