About Me

My photo
Latiffah.Writer of this blog. An informal form of writing on travelling, self-motivation and education.

Tuesday, April 10, 2012

Memories

             Entri kali ni adalah mengenai zaman belajar di UIA dulu. Zaman ni memang antara yang best.Memang dari sejak sekolah menengah lagi aku bercita-cita nak masuk IIUM.Aku pun tak tahu kenapa.Alhamdulillah...cita-cita ku tercapai. Maka pada bulan Jun 2004, aku pun memulakan pengajianku di Kulliyyah of Sciences, IIUM. Aku ditempatkan di Mahallah Nusaibah. Aha...kat UIA kami ada menggunakan terms Bahasa Arab. Contohnya Mahallah maksudnya kolej kediaman. Mahallah Nusaibah memang sangatlah tinggi dari tempat lain dan kami kena panjat tangga yang sangat tinggi. Sangatlah menguji keimanan dan kesabaran untuk naik tangga ni terutama masa bulan puasa sehingga kami menggelarkan tangga ni persis tangga Batu Caves.Ahaks :P
 
Mahallah Nusaibah



             Masa ni aku sebilik dengan rakan baikku Aiza Nalia Azna dan 2 orang lagi coursemate Aiza, Hajar dan Mazni.Mereka semua ambil kos Quantity Surveyor (QS). Aku dan Aiza memang satu skool dari skolah menengah. Kemudian jumpa semula di main campus UIA Gombak. Zaman 1st year memang seronok sebab semua benda baru nak cuba. Semua aktiviti yang ada kami akan join. Kami sangat excited jumpa rakan2 dari luar negara yang datang belajar di UIA. Macam2 negara ada, sehinggakan negara yang aku tak pernah dengar sebelum ni pun ada. Contohnya negara Djibouti di Afrika...tak pernah ku tahu wujudnya negara seperti tu.Hehe...ke aku yang tak tahu geografi? Time aku 1st year, kumpulan nasyid Inteam masih belajar di UIA.Wah...masa jumpa kumpulan Inteam ni, excited masing2...Jumpa artis la katakan.Haha..
Bersama kawan2 sekolah.Cik Aiza yang comel disebelah kanan sekali =)

         Apa yang seronoknya belajar di sini? Aku rasa sama je dengan uni lain tapi mungkin bezanya environment kami yang lebih menekankan aspek rohani. Kami dipaksa mengambil subjek Halaqah dan sebenarnya subjek ni adalah salah satu aktiviti kokurikulum. Subjek ni perlukan kami berbincang mengenai isu2 aqidah dan isu semasa. Contohnya isu seperti syiah, Islam and globalisation,dan kami juga perlu mengambil subjek parenting and family management. Selain itu kami perlu mengambil subjek seperti Ethics and Fiqh in everyday of life, Islam, Knowldege and Civilisation dan Islamic worldview. Subjek2 seperti ini di ajar dalam English dan sangatlah tinggi penggunaan bahasanya. Kami perlu bukak kamus untuk memahami term2 yang diberikan.Tapi aku bukak kamus bila time nak exam je la.Ahaks...pemalas sungguh.
       Kemudian ketika di semester 2, aku dan Aiza pindah ke Mahallah Asma' untuk memudahkan kami ke kelas dan tak perlu panjat lagi tangga batu caves itu. Zaman ni kami memang selalu makan lunch atau dinner bersama2. Rindu sungguh masa ni. Kami akan ke cafe Mahallah dan lauk yang biasa aku beli adalah ikan tenggiri dan sambal tempe. Sampai orang pelik dengan aku sebab suka makan tempe. Orang jawakah?? Tidak sama sekali. Hehe...Sebab tempe ni murah jadi jimat perbelanjaan.Masa makan bersama ni la kami selalu bergossip dan bercerita. Macam2 story kami bincangkan dan antaranya adalah isu nak kahwin ketika umur berapa, isu ada orang nak masuk line, dan isu nak kerja apa lepas habis belajar. Haha. Antara kisah yang pernah aku mengadu kat Aiza adalah pasal sorang mamat ni bangun pukul 4 pagi dan sms aku untuk kejut bangun tahajjud. Mamat ni sebenarnya minat kat aku tapi aku tak pernah bangun masa dia call atau sms sebab aku sudah lena diulit mimpi.Hehe...Kata Aiza, bagus betul mamat tu, tackle orang dengan cara kejut tahajjud.Haha...Tapi aku tak reply sms mamat tu sebab aku masa tu masih muda...dan masih jauh lagi perjalanan aku. Konon nak fokus studi la tu..poyo jer..hehe (Poyo adalah perkataan yang selalu digunakan pada zaman tu).Agaknya kalau mamat tu tackle aku lepas dah habis degree, mesti aku terima dia.Tapi semenjak aku senyap dan tak reply sms dia dulu, dia diam membawa diri.Hehe...Takpelah.Allah Maha mengetahui yang terbaik untuk diriku.
             Semasa aku di Mahallah Asma', aku rapat juga dengan seorang sahabatku, Syaima.Hehe.Kami berdua selalu berbual tentang kawan2 sekelas kami dan kadang2 kami akan keluar membeli barang bersama2.Kalau ada special event, kami akan join sama contohnya macam event Enginius (Nama Kelab budak2 Engineering budak UIA). Masa tu ada aktiviti berkayak, dan kami pun try main kayak kat Sungai UIA yang kecik itu. First time main kayak masa tu...sangat kekok dan jakun....Haha :p
            Apabila hari Jumaat sahaja, maka hilanglah kami dari kampus sebab balik rumah. Agak adventurous perjalanan pulang ke rumah sebab kena naik LRT, lepas tu tukar pulak komuter. Komuter ni memang menguji kesabaran sebab kadang2 berjanggut nak tunggu dia sampai dan bila dah sampai, penuh sesak dengan orang kat dalam komuter tu. Ahh...tak bernafas rasanya. Tapi sebaik sahaja sampai di rumah, segala kepenatan pun hilang...
       Dalam kelas pula, aku rapat dengan sahabatku bernama Hamidah. Kami memang selalu study bersama dan kalau buat group work tu, ahlinya mesti adalah aku, Ida, Lydia dan Shida. Paling tak boleh lupa bila kami kena berdebat dalam kelas genetic tajuk proteomic vs genomic.Giler lah tajuk dia. Berdebat tajuk2 biasa pun aku dah tak confident.Ini kan tajuk seperti ni, menggigil lah daku.Haha...Memang pengalaman tak boleh lupa sebab time ni aku pun tak sure apa yang aku debatkan.
        Pada tahun 2006 bulan December, aku kena pindah ke Kuantan sebab bangunan Kulliyyah of Sciences telah siap. Sedih sungguh masa ni sebab kena berpisah dengan rakan2 yang rapat  iaitu Aiza, Syaima dan UIA gombak sangatlah best. Tapi berpisah sekejap je sebab kami masih sekampung..Balik Bangi je, masih boleh jumpa Aiza...UIA Kuantan pun ok juga sebenarnya sebab banyak tempat kami boleh pergi berjalan2 contoh macam Teluk Cempedak, Taman gelora, Berjaya Megamall dan banyak lagi.
Lawatan ke Yakult


Team bowling yang diberi nama kasukabe

    Wahhh....rindunya zaman undergrad. Rindu kawan2 semua..Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Alhamdulillah,terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita dan marilah kita sentiasa bersyukur kepadaNya. 

IIUM Garden of Knowledge and Virtue


Surah Ar-Rahman: Ayat ke 45:
A045
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



No comments:

Post a Comment