Entri kali ni macam bunyi jiwang pun ada jugak.hiks hiks :P Tapi tidak ada kena mengena.Kali ni aku nak bercerita pasal pengalaman kena kejar anjing.Apsal tiba2 anjing pulak ni? Sebabnya aku sekarang ni hari2 dok nampak anjing dengan tuannya bersiar2 ambil angin di pagi hari on the way aku ke uni.Banyak betul species anjing kt sini.Ada yang comel lagi cute, ada yang huduh dan menakutkan dan setiap kali aku n kawan2 nampak kitaorang mesti tertanya2 kenapa la tuan dia bela anjing species macam ni.hehe.mesti ada kelebihannya tersendiri yang kami pun tak pasti.Yang pasti anjing adalah najis mughallazah yang perlu di samak...
Pengalaman kena kejar anjing ni berlaku ketika aku berumur 13 tahun.Time ni aku muda remaja dan tersangatlah cun (perasan giler)hik hik...Masa tu aku, adik2ku dan beberapa orang kawan on the way nak ke skool. Kami memang happy pagi tu nak ke skool sambil berborak dengan pelbagai cerita. Tiba2 kami dengar anjing menyalak dan datang ke arah kami. Apa lagi, berlarilah kami untuk selamatkan diri. Masing2 kelam kabut dan nasib baik takde yang kena gigit.Aku lari tak ingat dunia sampai aku terlupa adik aku yang bongsu ada kat belakang.Mulalah aku salahkan diri sendiri...Ish2 apa punya kakak la aku ni, terlupa adik sendiri. Last yang aku ingat beg adik aku terjatuh masa dia larikan diri.Cari punya cari tak jumpa.Aku pun pergi skool dalam keadaan risau.Rupanya adik aku dah selamat sampai sekolah sebelum aku. Dia buat bodoh je nampak aku.Orang punya la risau kat dia.haha...Takpelah, yang penting dia ok.Zaman2 skool dulu aku dan adik2ku memang macam anjing dan kucing kat rumah.Gaduh jer selalu...tu yang kena kejar anjing tu.hehe...Setelah beberapa lama, baru kami tahu rupanya anjing yang kejar kami tu tak suka orang buat bising bila lalu kawasan tu.Anjing tu rupanya penjaga rumah kawasan tu. Kami pernah kena kejar di tempat yang sama pada hari yang lain disebabkan kami beramai2 pulang dari bermain di padang dan masing2 berborak dengan suara yang kuat. Kalau nak lalu kawasan tu, kena cakap perlahan2, barulah anjing tu tak kejar.Patutlah aku nampak 2 orang mamat ni kalau lalu kt area tu takde pulak kena kejar. Haha...Macam2 tabiat anjing ni rupa2nya...
No comments:
Post a Comment