Retrieved from: http://3.bp.blogspot.com/
Macam2 pengalaman yang kami perolehi sepanjang berada di dalam Kem Taman Negara. Pengalaman melawat binatang di kala malam menggunakan kenderaan 4-wheel car. Aku yang penakut pada masa tu hanya melelapkan mata sepanjang berada di dalam kereta.Sekali sekala aku buka mata bila tour guide tu menerangkan sesuatu kepada kami.Memang sangat gelap masa tu.
Hari kedua di kem, kami meneruskan aktiviti 'jungle trekking' menuju ke bukit di sekitar kem yang mengambil masa perjalanan 2 jam berjalan kaki dan kami menyertai aktiviti melalui jambatan canopy yang dikatakan tertinggi di dunia.
Hari yang ketiga adalah hari memasuki Gua Telinga.Aku bayangkan gua tersebut besar dan boleh berdiri, tetapi rupa2 nya kami perlu merangkak dalam gua tersebut. Aku di kala itu hanya berfikir why am I here? Ada yang mengusik kami, itulah orang suruh duduk rumah, tengok TV, dia nak susah2 masuk dalam hutan.Haha...memang stress time tu bila teringat kata2 mereka yang cuba menambah buruk keadaan.Selepas berjaya mengharungi gua telinga, diri ku berasa sangat lega.Alhamdulillah.Itulah kali pertama dan terakhir aku masuk ke gua yang perlu merangkak itu.
Hari ke empat kami bersiap2 untuk pulang ke Bandar Baru Bangi.Masa tu rasa sangat seronok sebab tak sabar nak balik.Pada umur ku 16 tahun, memang terasa sangat mencabar memasuki hutan di Taman Negara Pahang....
Pengalaman memasuki hutan, mengajar kita perasaan takut dan rendah diri kepada Allah kerana di dalam hutan yang tebal, kita akan rasa sangat kerdil dan sangat mengharapkan pertolongan Allah.
Canopy walkway at Taman Negara Pahang.Retrieved from: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgn4jRW__Aiz_v312BHvGBE9GMZ57xQqPxexMN0QwWURDesFFgZkFAVP-FSCBw7aFEYhzB48wivGwpMRkfFRRMPcxwVYl4MkplPOODWMnfgSVckS32X6fCntAZ9xCGUiZOTxU36gycl_dRw/s1600/Taman-Negara.jpg
|
No comments:
Post a Comment