4 Syawal 1435H (31 July 2014)
Pengalaman berpuasa di musim panas memang banyak menguji kesabaran.Pukul 2.45 am sudah mula bersahur kerana pukul 3 am sudah masuk waktu subuh.Mula berbuka puasa pada tahun ini adalah pada pukul 9.30 pm.Solat Isyak masuk pada pukul 10.45 pm maka terawih akan habis pukul 11.30 malam.Tahun pertama berpuasa semasa musim summer,aku tidak bangun sahur kerana telah makan awal pada pukul 11.30 malam.Pada ketika itu, aku menjadi sangat kurus dan apabila aku pulang berhari raya di kampung halaman, rata-rata akan menegur diriku sangat kurus.Ada yang kata aku macam orang tua sebab terlalu kurus.Haha.....Tapi aku tidak ambil hati sebab aku perasan orang yang nampak lebih tua dari umur,kebanyakannya bijaksana orangnya...Tidak percaya?Anda tengok sekeliling anda?Haha...Ni berdasarkan observation aku, melihat rakan-rakan yang nampak lebih tua dari umur,kebanyakannya pandai-pandai.Berbalik pada cerita pengalaman berpuasa di musim summer.Tahun kedua berpuasa, aku mula bersahur kerana tidak mahu kelihatan terlalu kurus.Masa berbuka aku akan ke Malaysian Hall kerana di sana ada menyediakan juadah berbuka di surau secara percuma.Kemudian selepas 15 minit makan kuih dan kurma, kami akan solat berjemaah beramai2.Suasana yang sangat best kerana masing-masing jauh dari famili di Malaysia jadi apabila makan di surau tersebut terubat perasaan lonely kerana kami makan bersama-sama.Aku pernah makan sorang2 di bilik ketika berbuka, rasa syahdu sungguh apabila berbuka keseorangan.Masa tu mula la fikir, best nya ada famili di sisi, dapat berbuka bersama2.Ye, sebab loneliness itu menyelubungi perasaan, jadi lebih baik makan di Malaysia Hall.Hehe (Ada yang kata boleh save budget).
Berakhirnya Ramadhan, kami menyambut 1 syawal di Malaysian High Commissioner located at Belgrave Square near to Hyde Park Corner.Syahdu sungguh apabila kami mula bertakbir.Ada yang cakap, takbir raya yang syahdu ni orang melayu punya style tapi kalau orang Arab, diaorang takbir dengan rasa semangat.Untuk merasa kan kelainan suasana 1 syawal, aku bawa keluarga ku ke London Central Mosque.Wahh.....sangat2 ramai orang.Bersesak2 untuk masuk ke ruang solat dan menurut ibu ku, suasana sebegitu seperti di Mekah dan Madinah dengan manusia yang sangat ramai dan bertolak2 untuk ke ruang ibadat.Benar kata mereka, takbir raya di kawasan Islam bukan melayu tidak mendayu2 dan syahdu.Takbir nya kedengaran seperti meraikan kemenangan 1 Syawal.Umat Islam dari pelbagai bangsa and various style of fashion ada di sana.Aku pernah menunaikan solat 1 syawal di Masjid yang majoriti nya orang Pakistan, kemeriahan nya tidak sama kerana semua adalah kaum yang sama.Tapi berbeza di London Central Mosque, pelbagai bangsa ada di masjid tersebut dan perasaan seronok melihat suasana menyambut kemenangan 1 syawal itu lebih kepada melihat perpaduan semua kaum dengan misi yang sama iaitu melaksanakan perintah Allah.Ya,sememangnya Islam adalah agama yang menyatu padu kan semua bangsa.Dr Asri dalam ceramah nya pernah berkata, puak2 Arab susah ingin bersatu padu tetapi dengan kedatangan Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW, berjaya menyatu padu kan orang Arab yang pada ketika itu sering bergaduh sesama sendiri.
No comments:
Post a Comment