Ilmu sangat penting untuk kita pelajari demi memajukan diri sama ada di dunia atau di akhirat. Dalam Islam ilmu dibahagikan kepada 2 iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Sepanjang diriku berada di muka bumi ini, diriku telah diajar kedua2 ilmu tersebut sejak berumur 5 tahun. Masih ku ingat perkara pertama yang di ajar oleh guru tadika ketika itu adalah mengucap dua kalimah syahadah. Tadika Al-Istiqamah di Bdr Baru Bangi adalah tempat pertama diriku mengenali dunia sekolah. Kemudian, apabila di sekolah rendah, diriku belajar kedua2 ilmu ini juga sehinggalah diriku ke sekolah menengah...Haha..entri kali ni mukadimah nya serius.....
Sebenarnya aku ingin ceritakan pengalamanku belajar di perpustakaan.Sejak di zaman sekolah lagi, aku suka pegi ke perpustakaan....tapi bukan untuk studi, tapi untuk merehatkan minda membaca newspaper, majalah, atau buku cerita. Di UIA juga, aku selalu ke library untuk berehat sambil membaca buku2 cerita di bahagian yang dikenali sebagai 'leisure reading materials'. Kadangkala, aku akan melihat buku2 berkaitan dengan pemandangan yang cantik seperti pokok, bunga, laut, haiwan dan banyak lagi....Diriku memang jarang studi di library tapi lebih banyak melepak sambil baca buku2 yang ada....Kadang2 aku akan pergi seorang diri....Indahnya menjadi seorang pelajar ketika itu....Pernah juga seorang rakanku di UIA dulu datang ke library untuk memilih bakal suami...haha...macam2 diaorang ni.Niat dah lain......
Semasa zaman masters, aku mula ingin membiasakan diri studi di library yang di buka selama 24 jam di kala musim exam. Kononnya nak studi di library berjam2 lamanya, jadi aku telah mengambil keputusan untuk tidak pulang ke bilik. Aku tidak keseorangan, kerana diriku bersama sahabatku Fida menelaah bersama2 di John Rylan Library. Jarang sekali pelajar Malaysia studi di library sehingga 2 atau 3 pagi...tapi kononnya kami ingin study hard bersama2...Akan tetapi, pada pukul 1 pagi, otak kami mula berasa sangat penat, maka kami mengambil keputusan untuk berehat dan tidur sebentar di sofa library tersebut...

Sedang hampir lena tertidur, kami dikejutkan oleh seseorang....katanya begini...If you want to sleep...please go home...Hak hak....kan dah kena kejut dengan pak guard...Maka dengan mata yang berat, kami pun bangun dan ke meja studi. Memang masa tu otak dah letih dan lesu, maka kami hanya boleh memandang kulit buku sahaja...tak sanggup nak membaca fakta2 dalam buku tersebut..
Apabila pukul 6 pagi, matahari mula naik kerana ketika itu syuruk adalah pukul 6 pagi kerana hampir memasuki musim summer...Kemudian, kami pun ambil keputusan untuk pulang ke rumah...Haha...kami gelak sakan sebab konon nak studi kat library, tapi lain pula jadinya..studi kulit buku je sebab otak dah penat nak stay up di library. Nak tidur sebentar di library, dikejut oleh pak guard library pula..Sejak peristiwa itu, kami akan datang library di awal pagi dan belajar bersama.Kadang2 kami akan studi di Mcdougall prayer hall (surau) berhampiran John Rylan Library...Surau itu kadangkala menjadi rumah kedua kami apabila tiba musim exam...Memang satu pengalaman yang baru apabila berpeluang stay up di library sehingga pukul 2, 3 pagi...Jarang sekali di buat orang...Haha...tapi itulah antara pengalaman yang tersemat di hati sepanjang diriku menjadi seorang pelajar.
![]() | |||
Source: http://mancunion.com/2012/03/15/john-rylands-collects-nearly-75k-fines-in-just-one-term/ |