About Me

- wasatiah
- Latiffah.Writer of this blog. An informal form of writing on travelling, self-motivation and education.
Tuesday, July 2, 2024
Bosnia and Herzegovina
Pada tahun 1992, Bosnia diserang oleh tentera Serbia dan menyebabkan rakyat mereka terpaksa berpindah keluar ke negara lain. Peperangan ini bermula pada 1992 hingga 1995. Serbia tidak bersetuju Bosnia ingin merdeka dan membentuk negara sendiri dan bukan lagi di bawah Yugoslavia. Oleh sebab itu, perang berlaku dan genocide (penghapusan etnik) dikatakan antara objektif peperangan tersebut. Majoriti rakyat Bosnia adalah Muslim dan difahamkan salah satu tujuan perang ini berlaku adalah untuk menghapuskan orang Islam di Bosnia.
Malaysia di bawah pimpinan Tun Dr.Mahathir telah mengambil sebahagian rakyat Bosnia ke Malaysia sementara peperangan berlaku di sana. Di bawah adalah gambar Tun Mahathir bersama monumen di Kemal Monteno Park, Sarajevo yang tertera tulisan berkenaan ucapan beliau di "International Conference of Parliamentarians on Bosnia-Herzegovina, Kuala Lumpur" iaitu: "Ethnic cleansing of Bosnia-Herzegovina must be stopped, or forever must those who mouth platitudes about democracy and human rights cease and desist from their pretence at righteousness". Monumen ini dirasmikan pada Disember 2020.
Source: https://www.sinardaily.my/article/199585/focus/dr-mahathir-visits-monument-in-his-honour-in-bosnia
Hubungan antara Malaysia dan Bosnia telah terjalin sangat lama dan menyebabkan diriku berminat ingin melihat sendiri keindahan Bosnia dan Herzegovina. Alhamdulillah, impianku tercapai untuk melawat Bosnia. Bosnia mempunyai 4 musim dan aku berpeluang melawat awal musim luruh atau dikenali sebagai autumn. Suasana Sarajevo hampir sama dengan Istanbul, Turkey yang mempunyai banyak masjid dan arkitektur masjid di Bosnia hampir sama dengan di Turkey. Ini kerana kerajaan Uthmaniyyah pernah meletakkan Bosnia di bawah jajahan mereka.
Sarajevo City Hall
Gazi Husrev Bey (1480- 1541) yang mewakafkan hartanya untuk Islam.
Sarajevo Old Town
Vrelo Bosne Park
Mostar, Bosnia and Herzegovina
Mostar bridge
Subscribe to:
Posts (Atom)