About Me

My photo
Latiffah.Writer of this blog. An informal form of writing on travelling, self-motivation and education.

Tuesday, December 4, 2012

Yakin boleh


      Wahhh...sekarang sudah masuk bulan Disember. Sangat cepat masa berlalu..Alhamdulillah, banyak perkara yang aku belajar tahun ni dan masih banyak perkara yang perlu aku lakukan di masa akan datang.Paling penting kita mesti yakin dan sentiasa bersungguh2 dalam melakukan sesuatu perkara tidak kira hal yang berkaitan di dunia dan akhirat.
    Keyakinan yang tinggi untuk berjaya dalam bidang yang diceburi sudah menjadikan diri kita sebenarnya 50% berjaya. Keyakinan di sini tidak bermakna kita terlebih yakin, akan tetapi keyakinan itu adalah semangat yang positif supaya kita sentiasa berusaha kerana kita tahu, dengan berusaha dan berdoa kita pasti berjaya. Kita sebagai manusia, jangan mudah putus asa. Teruskan berusaha dengan bersungguh-sungguh dan selepas berusaha, bertawakkal kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu sangat menyayangi hambaNya dan Allah itu sangat dekat dengan kita. Dalam surah Al-Baqarah, ayat ke 186:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.  


A186

Al-Baqarah (186)
            
     Oleh itu, teruskan berusaha, berdoa dan berharap supaya kita semua tergolong di dalam orang yang berjaya di dunia dan akhirat.