About Me

My photo
Latiffah.Writer of this blog. An informal form of writing on travelling, self-motivation and education.

Sunday, February 24, 2013

Meraikan perbezaan


Setiap orang dilahikan mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berbeza.Oleh itu, kita sebagai manusia perlu melihat perbezaan itu dari sudut yang positif.Sebagai contoh, ada yang bijaksana dalam ilmu sains dan perubatan dan ada yang bijak dalam ilmu agama dan kemanusiaan.Kita hidup di dunia ini saling memerlukan dan sebab itu kita tidak boleh memandang rendah dengan orang lain.

Doktor perlukan jurutera dan arkitek untuk membina rumah, rakyat perlukan ahli politik untuk mentadbir negara, dan setiap pekerjaan memberikan sumbangan di antara satu sama lain.

Selagi kita berada di dunia ini, kita pasti akan melihat perbezaan. Perbezaan dalam mengenakan fesyen berpakaian contohnya.Ada yang suka kelihatan simple, ada yang suka kelihatan bergaya dan ada juga yang belasah aje baju apa yang ada (Hehe).Kita tidak boleh memaksa orang lain untuk ikut cara kita kerana kadangkala perbezaan menjadikan kehidupan kita lebih berwarna warni. 

Sentiasa fikir yang positif itulah kuncinya :)