Interlaken
Di Switzerland terletaknya kamu
Dari kecil ku bercita-cita ingin bertemu denganmu
Melihat kecantikan ciptaan yang Maha Esa
Aku sering terbayang2 bagaimanakah keindahanmu
Walaupun aku dapat melihat kecantikanmu daripada gambar-gambar di laman web
Namun, pastinya tidak sama sekiranya dapat melihat sendiri dengan pancainderaku.
Tanggal April 2014, akhirnya aku berpeluang bertemu denganmu
Ku ungkapkan syukur kepada Allah kerana memberiku peluang melihat betapa indahnya tasik
dan gunung-gunung yang diliputi salju
Kulihat rumah-rumah dibina di lereng-lereng gunung
Burung-burung berterbangan di udara menbelah gunung-gunung
Air terjun yang mengalir dari banjaran Swiss Alps
SubhanaAllah
Interlaken
Tenang
Indah
Cantik
Bagaimana agaknya keindahan di syurga mu ya Allah
![]() |
Murren, Interlaken Ost |
![]() |
Murren, Interlaken Ost |
![]() |
Interlaken West |