About Me

- wasatiah
- Latiffah.Writer of this blog. An informal form of writing on travelling, self-motivation and education.
Monday, December 30, 2013
Sunday, November 24, 2013
Facebook adalah suatu fenomena di zaman masa kini.Ada kebaikan dan keburukan facebook dan di antara kebaikan facebook adalah kita dapat menghubungi sahabat2 untuk mengadakan majlis seperti majlis kesyukuran,perkahwinan dan majlis2 agama seperti kuliah ilmu yang dianjurkan.
Keburukan facebook pula, kita banyak menghabiskan masa melihat gambar2 yang terdapat di facebook yang kadang2 melalaikan, mengambil tahu hal peribadi orang lain dan menunjuk2 aktiviti seharian kita kepada orang lain.
Jadi pada pendapat saya, boleh untuk menggunakan facebook tapi perlu bijak untuk menggunakannya dan betulkan niat serta fikir dahulu sebelum post entri2 di facebook.
Wednesday, October 23, 2013
Hati yang bersih
Bagaimana mendapatkan hati yang bersih?
Saya suka soalan ini kerana kita sebagai manusia kadang2 berfikiran negatif terhadap orang lain. Berasa cemburu dengan kelebihan orang lain dan sering mencari kesalahan orang lain.
Di antara cara2 untuk membersihkan hati, pastilah yang paling utama, mendirikan solat. Solat2 fardhu dan sunat dan sentiasa berdoa kepada Allah.
Rajin membaca Al-Quran dan berzikir boleh membawa kita kepada pembersihan hati dan teruskan usaha kita untuk melihat sesuatu dengan pandangan yang positif.
Monday, September 23, 2013
Sastera
Kesusasteraan Melayu, Inggeris dan apa juga bahasa telah menjadi minat diri ku semenjak berada di sekolah rendah lagi.Sebelum ini aku pernah cuba menulis lirik lagu, skrip drama dan cerpen ketika di zaman sekolah rendah.Walaupun diriku sebenarnya tidak lah pandai dalam bahasa, tetapi aku minat membaca sastera yang mempunyai susunan bahasa yang indah.Contohnya seperti puisi dan kata2 yang perlu dikaji maksudnya.Contohnya macam lirik di bawah ini:
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya kan pasti terbukti nanti
Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
menyerlah jauh dari yang biasa
Lirik: Faizal Tahir
Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/07/lirik-lagu-gemuruh-faizal-tahir.html#ixzz2fl1mlkaE
Sastera dan lagu (http://mimbarkata.blogspot.co.uk/2013/03/mendamba-cinta-begitu-besar.html) |
Tuesday, August 27, 2013
Photography
Friday, July 12, 2013
Orang kata
A: Kamu tahu tak, anak si Shima tu tak cantik macam ibu dia.
B: Oh...Haah.Tapi anak dia yang kedua tu cantik ikut macam Shima.Kulit putih, hidung mancung....
Perbualan di atas kadang2 kita terdengar dikalangan sahabat2 atau jiran2 yang suka membandingkan rupa paras anak2. Cantik adalah suatu anugerah dari Allah.
Diriku juga suka melihat kecantikan manusia terutama ketika sedang menaiki 'public transport' kerana pada masa itu manusia dari pelbagai bangsa dan negara menaiki kenderaan yang sama.Ada yang berkulit putih, gelap, hidung mancung dan sebagainya.Memang menjadi lumrah setiap manusia suka kan kecantikan tetapi sebenarnya kecantikan hati adalah yang paling utama.
Hidup di dunia ini memang tidak lepas dari kata2 orang disekeliling kita. Ada sahaja benda yang nak di cakap.Itulah antara ujian hidup di dunia ini.Kata2 orang menyebabkan kita terguris hati dan menjadi rendah diri.
Orang bukan sahaja suka bercakap tentang kecantikan, tetapi perkara2 yang melibatkan peribadi seseorang juga akan jadi umpatan.Contohnya, kata2 seperti, umur dah lanjut, tapi belum kahwin lagi.Ada yang suka merendah2 kan orang lain.
Oleh itu, kita perlu mempunyai hati yang baik kerana HATI yang baik sentiasa memandang sesuatu perkara dari sudut positif.HATI yang baik gembira melihat kejayaan orang lain dan sentiasa mendoakan agar kita sama2 berjaya di dunia dan akhirat.HATI yang baik tidak akan pertikaikan kelemahan yang ada pada seseorang.HATI yang baik sentiasa memberikan kata2 dorongan kepada orang lain untuk terus maju dan sentiasa bersemangat dalam meneruskan kehidupan.
Mari kita berdoa supaya kita mempunyai hati yang bersih kerana kadangkala kita terlupa atau tidak sengaja memikirkan perkara2 yang negatif.Manusia itu lemah dan sentiasa membuat kesalahan tetapi manusia yang hebat, adalah manusia yang sentiasa berdoa dan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam mencapai keredhaan Allah.
Tuesday, July 9, 2013
POSTER
This is my first time designing a poster.It was a great experience :)
I slept for only 5 hours just to finish this poster.
Alhamdulillah
Sunday, June 16, 2013
Erti perkahwinan daripada pandangan seseorang yang belum berkahwin
A: Hai B, bila kamu nak kahwin?
B:InsyaAllah, sampai masanya, kahwinlah saya.
Dialog di atas adalah soalan standard yang biasa ditanya kepada mereka yang sudah menjangkau umur 20 tahun dan ke atas.
Apakah erti sebuah perkahwinan? Soalan ini sering bermain di dalam fikiran ku sejak diriku mula merasakan seseorang itu perlu berkahwin. Untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan ini diriku membeli buku2 berkaitan dengan perkahwinan.Buku2 seperti aku terima nikahnya, bercinta sampai ke syurga dan cinta murabbi oleh ustaz Hasrizal. Sememangnya hal2 yang berkaitan dengan perkahwinan telah dipelajari semenjak diriku berumur 17 tahun di dalam subjek pendidikan Islam tingkatan 5. Namun, ilmu yang aku tahu mengenai perkahwinan masih terbatas.
Di bawah ini adalah di antara apa yang difikirkan oleh mereka yang belum berkahwin berkenaan kehidupan selepas berkahwin:
1) Kahwin ni best sebab ada teman nak pergi ke mana-mana.
2) Untuk mendapatkan belaian dan kasih sayang dari pasangan.
3) Untuk mendapatkan zuriat.
4) Dapat berkongsi masalah dengan pasangan.
5) Rasa indahnya dunia ini apabila telah berkahwin.
Namun, perkahwinan tidaklah sentiasa indah seperti yang dibayangkan kerana dalam melayari kehidupan berumah tangga, pasti ada konflik yang akan berlaku bak kata pepatah " sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri".
Dalam hidup berumah tangga, SABAR, TOLERANSI, JUJUR dan FAHAMI pasangan adalah perkara yang sangat penting untuk hidup bahagia.
Suami isteri perlu saling bertolak ansur dalam mengatasi konflik yang berlaku. Kalau sebelum kahwin, mudah sahaja kita minta maaf kepada 'boyfriend dan girlfriend' kita, tetapi apabila telah berkahwin, perkataan saya minta maaf sangat susah diucapkan. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana kadangkala kita perlu beralah dan saling memaafkan.
Perkahwinan yang dilaksanakan ikhlas kerana Allah, pasti akan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.
Kepada sahabat2 di sana yang telah berkahwin, saya doakan anda semua bahagia sehingga ke syurga.Ameen.
![]() |
Sunday, May 26, 2013
Apabila hati berbunga-bunga
Sabtu, 25 Mei 2013, aku telah membuat lawatan tidak rasmi ke taman bunga di Holland Park lebih kurang 40 minit berjalan kaki dari Victoria League.
Bunga2 yang ada di taman tersebut sangat cantik dan hati ku bertambah berbunga2 melihat bunga Tulip di situ.
Sangat cantik,SubhanaAllah, Alhamdulillah...
Tuesday, April 30, 2013
PILIHAN
Hidup ini sentiasa diuji di dalam membuat sesuatu pilihan.Sepanjang diriku berada di atas muka bumi ini, diriku sering mengalami dilema dalam membuat pilihan.
Kali pertama diriku perlu membuat pilihan adalah ketika berumur 16 tahun. Ketika itu, aku dapat tawaran ke MRSM Kuantan, Pahang. Memang salah satu impian ku adalah ingin belajar di sekolah asrama. Pada umur ku 12 tahun lagi, aku selalu bayangkan seronoknya belajar bersama-sama rakan sebaya.Alhamdulillah, semasa di tingkatan 3, keputusan PMR ku melayakkan diriku ke sekolah berasrama. Namun, pada ketika itu, aku dilanda dilema sama ada ingin ke sekolah tersebut atau kekal di sekolah harian ku. Mengapa aku tiba2 dilanda dilema? Biar diriku senaraikan sebab2 yang mebuatkan diriku berfikir sekali lagi:
1) Aku kena kongsi bilik, toilet, iron dengan ramai pelajar sedangkan apabila diriku berada di rumah, aku tak perlu kongsi semua itu kerana adik beradik ku tidak ramai dan aku seorang je perempuan, jadi aku memang ada bilik ku sendiri.
2) Semua kemudahan seperti komputer, internet, printer dsb ada di rumah ku. Belum tentu di sekolah asrama, ada internet kerana pada tahun 2000, internet belum meluas lagi di sekolah2.
3) Aku boleh belajar bila2 sahaja aku suka, tidak perlu nak tunggu masa prep atau mengikuti riadah yang ditetapkan di sekolah asrama. Aku mempunyai banyak masa sendiri untuk belajar.
Itu antara sebab2 kenapa aku berfikir untuk tidak ke asrama. Setelah aku berfikir semula, aku membuat keputusan untuk belajar di sekolah harian. Tidak dinafikan, banyak kelebihan belajar di sekolah asrama. Di antaranya, belajar berdikari contohnya basuh baju sendiri, belajar hidup di dalam masyarakat yang pelbagai ragam.
Kadangkala, diriku terfikir, sekolah berasrama sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai banyak kemudahan di rumah.Mungkin di rumah, tidak ada komputer dan internet. Di rumah, terpaksa berkongsi bilik dengan adik beradik yang ramai.Kadang2 makan minum tidak terjaga apabila mereka berada di rumah dan tidak pandai mendisiplinkan diri belajar apabila di rumah.Mungkin di rumah, mereka sering menonton televisyen dan tidak pandai membahagikan masa.
Bagi diri ku, aku rasa boleh membahagikan masa dengan baik dan semua kemudahan belajar ada di rumah ku. Oleh itu, aku memilih untuk tidak ke sekolah asrama dan Alhamdulillah, keputusan yang aku buat adalah tepat dan sesuai untuk diriku.
Selepas mendapat keputusan SPM, sekali lagi aku perlu buat keputusan untuk memilih tempat belajar. Sejak diriku berada di tingkatan satu, aku bercita2 ingin ke UIA kerana aku rasakan universiti ini lain daripada yang lain.Namun, semasa umurku 18 tahun, aku telah mengambil keputusan untuk ke UiTM Shah Alam seksyen 17, mengikuti program Australian Matriculation. Keputusan matrikulasi ku melayakkan diriku ke Universiti of Auckland, New Zealand. Akan tetapi, disebabkan kegawatan ekonomi, JPA hanya menghantar mereka yang dapat keputusan 80% ke atas. Aku di beri pilihan untuk memilih universiti di Malaysia dan aku pilih UIA. Alhamdulillah, Allah memberiku peluang belajar di universiti impian ku. Sememangnya aku berasa sangat seronok belajar di UIA. Aku banyak mengikuti program universiti dan aku belajar bersungguh2 kerana aku sangat minat dengan pendekatan yang digunakan di UIA. Aku suka membaca buku2 mengenai Islam and Science, Islam, Knowledge and Civilization.
Alhamdulillah, zaman belajar di UIA adalah indah. Diriku bukan sahaja belajar ilmu dunia, tetapi ilmu akhirat juga diterapkan dengan baik.
Friday, March 22, 2013
Ceria ceria selalu
Ceriakan hari anda dengan sentiasa memberikan senyuman kepada orang disekeliling anda.
Sentiasa berusaha memajukan diri dengan melakukan perkara2 yang positif. Fikir sesuatu perkara dengan hati yang bersih.Jangan mencari kesalahan orang lain.Berusaha menambah ilmu di dada. Sentiasa mengingati Allah di dalam semua perkara.Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.
Teruskan menjadi insan yang ceria, positif dan rajin berusaha.
Peace :)
![]() |
me and fatimah on our 29th birthday |
Sunday, February 24, 2013
Meraikan perbezaan
Setiap orang dilahikan mempunyai kelebihan dan kelemahan yang berbeza.Oleh itu, kita sebagai manusia perlu melihat perbezaan itu dari sudut yang positif.Sebagai contoh, ada yang bijaksana dalam ilmu sains dan perubatan dan ada yang bijak dalam ilmu agama dan kemanusiaan.Kita hidup di dunia ini saling memerlukan dan sebab itu kita tidak boleh memandang rendah dengan orang lain.
Doktor perlukan jurutera dan arkitek untuk membina rumah, rakyat perlukan ahli politik untuk mentadbir negara, dan setiap pekerjaan memberikan sumbangan di antara satu sama lain.
Selagi kita berada di dunia ini, kita pasti akan melihat perbezaan. Perbezaan dalam mengenakan fesyen berpakaian contohnya.Ada yang suka kelihatan simple, ada yang suka kelihatan bergaya dan ada juga yang belasah aje baju apa yang ada (Hehe).Kita tidak boleh memaksa orang lain untuk ikut cara kita kerana kadangkala perbezaan menjadikan kehidupan kita lebih berwarna warni.
Sentiasa fikir yang positif itulah kuncinya :)
Sunday, January 27, 2013
Be Positive :)
Berfikiran positif adalah suatu perkara yang sebenarnya mudah dilakukan.
Melihat semua perkara dari sudut yang positif.
Bukan mencari kesalahan orang lain.
Sentiasa terbuka dengan mereka yang berbeza pendapat dan idea.
Teringat diriku dengan kata-kata Imam Al-Ghazali:
Apabila kita melihat seseorang yang bukan Islam, kita sebenarnya perlu memandang mereka dari sudut yang positif. Mungkin orang bukan Islam itu tidak tahu mengenai Islam kerana tiada orang Islam yang cuba berdakwah dan menyampaikan mengenai Islam kepadanya.Sekiranya orang bukan Islam itu menerima hidayah dan memeluk Islam, mungkin dia akan jadi seorang Muslim yang lebih baik dari kita.
Begitu juga dengan mereka yang pernah terlibat dengan perkara2 yang tidak baik.Kita tidak boleh mengumpat, menghina dan mencaci mereka kerana sekiranya mereka bertaubat, taubat mereka diterima, ibadat mereka lebih banyak dan mungkin pahala mereka lebih banyak dari kita.
Lihatlah sekeliling kita dengan pandangan yang positif kerana hati dan jiwa kita akan rasa sangat tenang dan tenteram.
Berfikir positif membuka mata hati
Membuatmu tersenyum menatap hari
Berprasangka baik dapat membahagiakan diri
Berprasangka baik memberikan kekuatan
Untuk menghadapai dunia yang penuh cubaan
Begitulah Allah mengatur gelombang kehidupan
Yang hanya mampu dibaca oleh orang yang beriman
Berfikir positif membawa kebahagiaan
Yang penuh hikmah jika kita renungkan
Jangan menyerah dalam menggapai kejayaan
Kerana kejayaan perlukan kesabaran dan pengorbanan
Puisi ini di adaptasi dari http://puisiinspiratif.blogspot.co.uk/2011/06/selalu-berfikir-positif.html
Subscribe to:
Posts (Atom)