About Me

My photo
Latiffah.Writer of this blog. An informal form of writing on travelling, self-motivation and education.

Wednesday, December 21, 2016

A listener


Diriku seorang yang tidak cerewet dan tidak mudah marah.Mudah menjadi tumpuan rakan-rakan terdekatku untuk meluahkan perasaan mereka mengenai apa jua perkara.
Ada rakanku yang suka bercerita mengenai seseorang yang diminati nya.Ada yang suka bercerita mengenai rakan sekerjanya yang tidak sehaluan dengannya. Aku boleh menjadi seorang pendengar dan jika diminta aku akan beri pendapatku mengenai apa yang diceritakan oleh rakanku.
Apabila aku baca sebuah buku bertajuk “Men are from Venus and women are from Mars” perempuan pada kebiasaannya suka bercerita masalah mereka sebagai salah satu cara untuk mengurangkan beban masalah yang ditanggungnya.Kadang-kadang mereka hanya perlukan rakan untuk mendengar masalah mereka dan mereka tidak perlukan pendapat untuk selesaikan masalah tersebut. Cukup hanya sekadar mendengar dan itu sudah melegakan perasaan mereka. Bagi yang sudah berkahwin para suami perlu memahami “character” isteri mereka yang suka bercerita dan mengharapkan suami mereka mendengar. Pada kebiasaannya, suami suka memberikan jalan penyelesaian yang kadangkala perkara itu tidak diperlukan kerana isteri hanya perlukan sokongan dari suaminya.
Apabila bercerita mengenai masalah, aku teringat diriku 5 tahun yang lalu. Aku suka bercerita kepada semua orang dan aku pada masa itu terlalu memikirkan masalah tersebut. Tetapi selepas masalah itu berjaya di atasi, aku tidak lagi bercakap dan bercerita mengenai perkara tersebut. Alhamdulillah, masalah itu tidak ada lagi.

Apabila mendengar masalah yang dihadapi oleh rakan-rakanku, aku berdoa agar mereka berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selalu berdoa dan dekat kan diri pada Allah kerana Allah sentiasa menyayangi kita semua.