About Me

My photo
Latiffah.Writer of this blog. An informal form of writing on travelling, self-motivation and education.

Friday, July 12, 2013

Orang kata


A: Kamu tahu tak, anak si Shima tu tak cantik macam ibu dia.
B: Oh...Haah.Tapi anak dia yang kedua tu cantik ikut macam Shima.Kulit putih, hidung mancung....


Perbualan di atas kadang2 kita terdengar dikalangan sahabat2 atau jiran2 yang suka membandingkan rupa paras anak2. Cantik adalah suatu anugerah dari Allah.

Diriku juga suka melihat kecantikan manusia terutama ketika sedang menaiki 'public transport' kerana pada masa itu manusia dari pelbagai bangsa dan negara menaiki kenderaan yang sama.Ada yang berkulit putih, gelap, hidung mancung dan sebagainya.Memang menjadi lumrah setiap manusia suka kan kecantikan tetapi sebenarnya kecantikan hati adalah yang paling utama.

Hidup di dunia ini memang tidak lepas dari kata2 orang disekeliling kita. Ada sahaja benda yang nak di cakap.Itulah antara ujian hidup di dunia ini.Kata2 orang menyebabkan kita terguris hati dan menjadi rendah diri.

Orang bukan sahaja suka bercakap tentang kecantikan, tetapi perkara2 yang melibatkan peribadi seseorang juga akan jadi umpatan.Contohnya, kata2 seperti, umur dah lanjut, tapi belum kahwin lagi.Ada yang suka merendah2 kan orang lain.

Oleh itu, kita perlu mempunyai hati yang baik kerana HATI yang baik sentiasa memandang sesuatu perkara dari sudut positif.HATI yang baik gembira melihat kejayaan orang lain dan sentiasa mendoakan agar kita sama2 berjaya di dunia dan akhirat.HATI yang baik tidak akan pertikaikan kelemahan yang ada pada seseorang.HATI yang baik sentiasa memberikan kata2 dorongan kepada orang lain untuk terus maju dan sentiasa bersemangat dalam meneruskan kehidupan. 

Mari kita berdoa supaya kita mempunyai hati yang bersih kerana kadangkala kita terlupa atau tidak sengaja memikirkan perkara2 yang negatif.Manusia itu lemah dan sentiasa membuat kesalahan tetapi manusia yang hebat, adalah manusia yang sentiasa berdoa dan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam mencapai keredhaan Allah.

Tuesday, July 9, 2013

POSTER


This is my first time designing a poster.It was a great experience :)
I slept for only 5 hours just to finish this poster.
Alhamdulillah