Think positive
About Me

- wasatiah
- Latiffah.Writer of this blog. An informal form of writing on travelling, self-motivation and education.
Sunday, May 25, 2025
2025
Tuesday, July 2, 2024
Bosnia and Herzegovina
Monday, December 18, 2023
Montenegro
Wednesday, December 14, 2022
Croatia
Pada 8 September 2022, diriku berpeluang mengembara ke Croatia
terletak di Eropah tenggara yang merupakan sebahagian dari rantau Balkan.
Perjalanan mengambil masa 10 jam dari lapangan terbang
antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Istanbul. Kemudian dari lapangan
terbang antarabangsa Istanbul ke Zagreb, Croatia mengambi masa 2 jam menggunakan
Turkish airline.
Di Zagreb kami berjumpa dengan Gorki Balojani,guide
yang membawa kami sepanjang berada di rantau Balkan. Gorki
memperkenalkan kami dengan Eva, penduduk tempatan yang menceritakan kepada kami
sejarah Bandar Zagreb ibu negara Croatia. Struktur bangunan di bandar Zagreb
hampir sama dengan negara Eropah timur yang lain memandangkan Zagreb terletak berhampiran
dengan Hungary, Austria, Slovenia dan Itali. Terdapat monumen terkenal di dataran
Zagreb iaitu tugu Ban Josip Jelacic. Jelacic adalah leftenan yang berjuang
untuk penghapusan perhambaan di Croatia semasa revolusi 1848. Bagi orang
Croatia, dia adalah wira negara berjuang menentang rejim Austria yang licik.
Namun, reputasinya berbeza di Austria kerana beliau dianggap sebagai
pemberontak, berusaha untuk memecahkan empayar Austria manakala di Hungary
beliau dilihat sebagai pengkhianat revolusi Hungary untuk kemerdekaan. Selepas
perang dunia kedua, beliau dikritik sebagai tokoh anti-revolusi oleh komunis
dan tugunya telah dialihkan dari pandangan umum tetapi namanya tidak dapat
dilupakan oleh rakyat Croatia. Selepas runtuhnya rejim komunis di Croatia,
monumen Jelacic kembali ke dataran bandar utama Zagreb dan beliau terus menjadi
simbol semangat Croatia untuk kebebasan dan kemerdekaan. Setiap negara pasti
mempunyai pahlawan yang berjuang demi kebaikan rakyat setempat dan membebaskan
diri mereka dari dijajah.
Selain Zagreb, kami berpeluang melawat Dubrovnik. Salah
satu negeri terletak di Croatia yang mempunyai keindahan pantai yang memukau.
Dubrovnik juga mempunyai monumen terkenal dikenali sebagai ‘Orlando’s Column’
atau dalam bahasa melayu lajur Orlando terletak di tengah bandar lama, di
Dataran Luza berhadapan Gereja Saint Blaise. Tugu ini didirikan pada tahun
1418, menampilkan pahlawan Orlando yang berperisai mengalahkan penceroboh pada
zaman pertengahan (middle ages). Oleh itu, Orlando dikenang sebagai pahlawan
yang membantu Dubrovnik untuk kekal sebagai negara kota perdagangan bebas. Selain
itu, lengan pada tugu Orlando telah digunakan sebagai unit ukuran oleh peniaga
tempatan untuk mengukur, memotong dan menjual fabrik pada masa lalu. Panjang
lengan tersebut adalah 51.25 cm.
Abad ke-16 adalah zaman keemasan Dubrovnik dengan mempunyai armada yang berkualiti. Kapal seperti ghali (galley) dan pesisir (coastal) dibina untuk melakukan perdagangan, hal ehwal maritim ke seluruh Maditerranean, England, Jerman, India dan Amerika. Pada zaman ini juga empayar uthmaniyyah dan Dubrovnik mempunyai hubungan politik yang baik. Dubrovnik menghargai hak yang telah diberikan oleh kerajaan uthmaniyyah kepada mereka di mana apabila berlaku ancaman dari pihak luar, kerajaan uthmaniyyah turut sama membantu.
Dubrovnik mempunyai daya tarikannya tersendiri. Dikenali
sebagai mutiara laut adriatik dikalangan penduduk tempatan merupakan pusat
maritim yang terkenal. Dubrovnik pernah digambarkan oleh Samuel Pepys (tentera
laut Inggeris) di dalam diarinya sebagai negeri kecil yang hebat, lebih kuno
dari Venice dan dipanggil sebagai ibu Venice pada abad ke-17.
![]() | ||
Bandar Zagreb (Tugu Ban Josip Jelacic)
|
![]() |
Kedai pertama cipta neck-tie |
![]() |
Dubrovnik wall |
![]() |
Dubrovnik, pearl of Adriatic sea |
Thursday, September 30, 2021
Assalamualaikum
10 year of blogging katanya............
Blog ni bermula pada Julai, 2011. Maka pada tahun ini, blog ni sudah berumur 10 tahun. Dan diriku juga sudah meningkat remaja.....eh eh.....remaja purba kot.
Alhamdulillah di atas segala nikmat yang Allah kurniakan pada diriku. 10 tahun adalah jangka masa yang panjang, tetapi apabila dunia sudah di akhir zaman, masa berlalu dengan begitu pantas.
Pada tahun 2020, berlaku nya serangan virus yang bernama corona atau ada yang panggil Cik Rona, dunia tiba2 berubah dengan adanya perintah kawalan pergerakan (PKP) atau movement control order. Banyak perkara terpaksa dilaksanakan di rumah seperti pelajar sekolah dan universiti, mereka dikehendaki belajar dari rumah. Sesetengah pekerja juga terpaksa di cuti kan untuk megelakkan jangkitan virus ini berleluasa contohnya kilang ditutup selama 3 bulan dan kalau di buka pun, sistem penggiliran dilaksanakan. Corona virus wujud dari mutasi virus sebelum ini yang dikenali sebagai Spanish flu.
Ramai yang menantikan hadirnya tahun 2020, dengan harapan ada kereta terbang pada masa itu. Akan tetapi wabak corona virus ini berlanjutan sehingga tahun 2021. Ya, sudah hampir 2 tahun dunia mengalami pandemik. Bukan kata kereta terbang, kapal terbang pun banyak tidak dapat terbang kerana manusia di kawal pergerakannya. Manusia tidak bebas untuk ke mana-mana melainkan mempunyai alasan yang penting sahaja dibenarkan.
Pada bulan September 2021, kelihatan kes jangkitan wabak corona virus ini menunjukkan penurunan. Alhamdulillah. Diharapkan tiada lagi jangkitan yang berlaku.
Disebabkan berlakunya PKP ini, banyak aktiviti tidak dapat dilakukan dengan bebas. Salah satunya adalah bersukan. Aktiviti mendaki adalah antara hobi aku yang bermula sejak umur 16 tahun. Kali pertama hiking adalah di Bukit Terisek, Taman Negara Pahang. Alhamdulillah, dengan izin Allah aku dapat lagi daki bukit ni pada awal tahun 2020, sebelum kerajaan Malaysia mengumumkan PKP.
Pada bulan Ogos,2020 kami sempat mendaki Bukit Singa, di Pulau Kapas, Terengganu. Trip kali ni adalah daytrip dan kami bermalam di Marang, Terengganu. Bukit Singa ni tidak tinggi, tapi perjalanan dari boat ke sana perlu melalui trail yang agak mencabar sebab banyak batu dan perlu pakai kasut yang tidak licin dan waterproof.
Pada 19 Sept, 2020 ,Allah beri peluang pada aku untuk hiking di Kepulauan Mersing. Bukit di situ dikenali sebagai Pulau Seribuat, Mersing. Sangat cantik bentuk muka bumi kepulauan Mersing ni. Selain boleh mendaki, ada aktiviti cliff jumping dan snorkeling.
Sejak bila aku suka hiking kat pulau ni? Haha. Sebenarnya aku dah lama teringin nak holiday kat pulau-pulau di Malaysia ni sejak tahun 2011. Akan tetapi pada masa tu, aku dalam proses menuntut ilmu dan tidak mempunyai banyak masa untuk explore pulau yang ada di negara aku sendiri. Ya, masih aku ingat lagi tahun 1997, ketika aku berada di Abraham Moss High School, Manchester, aku pernah terlibat dengan projek buku skrap memperkenalkan keindahan pulau yang terdapat di Malaysia. Aku sangat bangga dengan rakan2 British pada masa tu yang aku ni berasal dari Malaysia yang kaya dengan khazanah alam. Tapi pergi satu pulau pun aku tak pernah! Sehingga lah pada tahun 2014, aku berbual dengan seorang rakan dari Belgium. Clementine nama dia. Dia cakap dia pernah pegi Tioman masa dia sekolah rendah. Tioman sangat cantik kata Clem. Aku pada masa tu dalam hati, ciss, aku pun tak pernah pergi lagi.
Maka bermula tahun 2018, aku pun ajak roommate aku untuk ke Pulau perhentian. Masa di perhentian, tidak sempat pula mendaki bukit yang ada windmill. Lagipun roommate aku tak suka hiking. Jadi aktiviti tersebut terlupa nak buat. Haha....
Pulau redang juga ada tempat hiking, tapi aku tak sempat mendaki kerana aktiviti kami agak pack dan agak bahaya pada masa tu untuk mendaki di Pulau Redang kerana tidak ada guide. Lagipun bila aku google, didapati view laut dia tidak nampak dengan jelas dari atas.
Antara kesemua pulau yang telah aku visit, yang mana satu yang paling best? Honestly, semua pulau pun cantik dan setiap tempat ada keistimewaannya tersendiri.
Pulau perhentian sangat cantik batu karang nya (corals). Kali pertama aku snorkeling adalah di perhentian. Kat sini, ramai mat salih dan ada yang duduk lama di sini dengan bekerja di resort dan terlibat dengan aktiviti fire show. Waktu malam, long beach pulau perhentian memang havoc.
Pulau redang pula sangat tenang dan sesuai untuk bawa anak2 kecil snorkeling. Pengunjung boleh snorkeling hanya di depan resort.
Pulau Tioman pula lebih klasik dan mesra penduduk kampung. Aku pernah berbual dengan pakcik ni hampir 2 jam, bercerita mengenai apa yang ada di Tioman sahaja! Haha. Pakcik tu memang suka bercerita. Cerita musim obor2 waktu bila, anaknya kecil lagi dah pandai diving. Kisah mat salih hilang di Tioman dan banyak lagi. Ada sesetengah traveler,mereka suka berbual dengan local, untuk memahami apa yang berlaku di situ dan perbezaan budaya.
Pulau Kapas, kelebihannya adalah pasir nya yang putih seperti kapas dan ia sangat dekat dengan darat. Hanya 20 minit saja menaiki boat sekiranya cuaca baik. Dan pulau kapas ni dapat dilihat dari darat.
Kepulauan Mersing pula, kelebihannya adalah aktiviti hiking dengan disajikan pemandangan laut yang cantik. Pernah juga diaorang panggil secret island pulau seribuat ni. Katanya pulau ni dulu tidak dibuka kepada pelancong kerana ada emas yang tersimpan di sini.
Persamaan antara semua pulau ini adalah air laut nya jernih dari Port Dickson, Bagan Lalang dan laut yang berdekatan dengan tanah besar.Haha. Of course!
Ada lagi ke pulau yang aku tak pernah pergi? Yup. Mestilah ada. Macam pulau Lang Tengah dan beberapa pulau kecil di Terengganu.
Apabila melawat pulau atau tempat menarik untuk hiking, aku sangat kagum melihat kecantikan ciptaan Allah. Mana mungkin alam ini terjadi dengan sendirinya. Pasti ada penciptaNya!
![]() |
Redang |
Tioman
Friday, April 10, 2020
Education system
![]() |
Hydrangea |
Enzyme
![]() |
My lab bench |
Macam ni lah chemical structure cellulase reaction. Retrieved from: http://www.bestdigestiveenzyme.com/cellulase-digestive-enzyme/ |
Di bawah adalah gambar-gambar yang di ambil ketika membuat kajian cellulase.
![]() |
Alat untuk cek saiz cellulase diberi nama SDS electrophoresis. |
![]() |
Alat ni kita masukkan dalam electrophoresis di atas |
![]() |
Centrifuge untuk separate liquid dan solid. Biasanya guna untuk dapatkan glucose setelah berjaya diperolehi dari proses enzymatic saccharification. |
![]() |
One selfie in the lab :) |
Sebenarnya ada lagi gambar berkenaan machine yang digunakan untuk proses kaji cellulase ini. Tapi entri kali ni kita bagi simple je dulu. Ya, gambar di atas di ambil sekitar tahun 2014-2015. Wow.dah 5 tahun rupanya.
InsyaAllah, ada masa kita cerita pula kajian cellulase-ionic liquids.