About Me

My photo
Latiffah.Writer of this blog. An informal form of writing on travelling, self-motivation and education.

Thursday, September 30, 2021

Assalamualaikum

10 year of blogging katanya............

Blog ni bermula pada Julai, 2011. Maka pada tahun ini, blog ni sudah berumur 10 tahun. Dan diriku juga sudah meningkat remaja.....eh eh.....remaja purba kot.

Alhamdulillah di atas segala nikmat yang Allah kurniakan pada diriku. 10 tahun adalah jangka masa yang panjang, tetapi apabila dunia sudah di akhir zaman, masa berlalu dengan begitu pantas.

Pada tahun 2020, berlaku nya serangan virus yang bernama corona atau ada yang panggil Cik Rona, dunia tiba2 berubah dengan adanya perintah kawalan pergerakan (PKP) atau movement control order. Banyak perkara terpaksa dilaksanakan di rumah seperti pelajar sekolah dan universiti, mereka dikehendaki belajar dari rumah. Sesetengah pekerja juga terpaksa di cuti kan untuk megelakkan jangkitan virus ini berleluasa contohnya kilang ditutup selama 3 bulan dan kalau di buka pun, sistem penggiliran dilaksanakan. Corona virus wujud dari mutasi virus sebelum ini yang dikenali sebagai Spanish flu. 

Ramai yang menantikan hadirnya tahun 2020, dengan harapan ada kereta terbang pada masa itu. Akan tetapi wabak corona virus ini berlanjutan sehingga tahun 2021. Ya, sudah hampir 2 tahun dunia mengalami pandemik. Bukan kata kereta terbang, kapal terbang pun banyak tidak dapat terbang kerana manusia di kawal pergerakannya. Manusia tidak bebas untuk ke mana-mana melainkan mempunyai alasan yang penting sahaja dibenarkan. 

Pada bulan September 2021, kelihatan kes jangkitan wabak corona virus ini menunjukkan penurunan. Alhamdulillah. Diharapkan tiada lagi jangkitan yang berlaku.

Disebabkan berlakunya PKP ini, banyak aktiviti tidak dapat dilakukan dengan bebas. Salah satunya adalah bersukan. Aktiviti mendaki adalah antara hobi aku yang bermula sejak umur 16 tahun. Kali pertama hiking adalah di Bukit Terisek, Taman Negara Pahang. Alhamdulillah, dengan izin Allah aku dapat lagi daki bukit ni pada awal tahun 2020, sebelum kerajaan Malaysia mengumumkan PKP.

Pada bulan Ogos,2020  kami sempat mendaki Bukit Singa, di Pulau Kapas, Terengganu. Trip kali ni adalah daytrip dan kami bermalam di Marang, Terengganu. Bukit Singa ni tidak tinggi, tapi perjalanan dari boat ke sana perlu melalui trail yang agak mencabar sebab banyak batu dan perlu pakai kasut yang tidak licin dan waterproof. 

Pada 19 Sept, 2020 ,Allah beri peluang pada aku untuk hiking di Kepulauan Mersing. Bukit di situ dikenali sebagai Pulau Seribuat, Mersing. Sangat cantik bentuk muka bumi kepulauan Mersing ni. Selain boleh mendaki, ada aktiviti cliff jumping dan snorkeling.

Sejak bila aku suka hiking kat pulau ni? Haha. Sebenarnya aku dah lama teringin nak holiday kat pulau-pulau di Malaysia ni sejak tahun 2011. Akan tetapi pada masa tu, aku dalam proses menuntut ilmu dan tidak mempunyai banyak masa untuk explore pulau yang ada di negara aku sendiri. Ya, masih aku ingat lagi tahun 1997, ketika aku berada di Abraham Moss High School, Manchester, aku pernah terlibat dengan projek buku skrap memperkenalkan keindahan pulau yang terdapat di Malaysia. Aku sangat bangga dengan rakan2 British pada masa tu yang aku ni berasal dari Malaysia yang kaya dengan khazanah alam. Tapi pergi satu pulau pun aku tak pernah! Sehingga lah pada tahun 2014, aku berbual dengan seorang rakan dari Belgium. Clementine nama dia. Dia cakap dia pernah pegi Tioman masa dia sekolah rendah. Tioman sangat cantik kata Clem. Aku pada masa tu dalam hati, ciss, aku pun tak pernah pergi lagi. 

Maka bermula tahun 2018, aku pun ajak roommate aku untuk ke Pulau perhentian. Masa di perhentian, tidak sempat pula mendaki bukit yang ada windmill. Lagipun roommate aku tak suka hiking. Jadi aktiviti tersebut terlupa nak buat. Haha....

Pulau redang juga ada tempat hiking, tapi aku tak sempat mendaki kerana aktiviti kami agak pack dan agak bahaya pada masa tu untuk mendaki di Pulau Redang kerana tidak ada guide. Lagipun bila aku google, didapati view laut dia tidak nampak dengan jelas dari atas. 

Antara kesemua pulau yang telah aku visit, yang mana satu yang paling best? Honestly, semua pulau pun cantik dan setiap tempat ada keistimewaannya tersendiri.

Pulau perhentian sangat cantik batu karang nya (corals). Kali pertama aku snorkeling adalah di perhentian. Kat sini, ramai mat salih dan ada yang duduk lama di sini dengan bekerja di resort dan terlibat dengan aktiviti fire show. Waktu malam, long beach pulau perhentian memang havoc.

Pulau redang pula sangat tenang dan sesuai untuk bawa anak2 kecil snorkeling. Pengunjung boleh snorkeling hanya di depan resort.

Pulau Tioman pula lebih klasik dan mesra penduduk kampung. Aku pernah berbual dengan pakcik ni hampir 2 jam, bercerita mengenai apa yang ada di Tioman sahaja! Haha. Pakcik tu memang suka bercerita. Cerita musim obor2 waktu bila, anaknya kecil lagi dah pandai diving. Kisah mat salih hilang di Tioman dan banyak lagi. Ada sesetengah traveler,mereka suka berbual dengan local, untuk memahami apa yang berlaku di situ dan perbezaan budaya.

Pulau Kapas, kelebihannya adalah pasir nya yang putih seperti kapas dan ia sangat dekat dengan darat. Hanya 20 minit  saja menaiki boat sekiranya cuaca baik. Dan pulau kapas ni dapat dilihat dari darat. 

Kepulauan Mersing pula, kelebihannya adalah aktiviti hiking dengan disajikan pemandangan laut yang cantik. Pernah juga diaorang panggil secret island pulau seribuat ni. Katanya pulau ni dulu tidak dibuka kepada pelancong kerana ada emas yang tersimpan di sini. 

Persamaan antara semua pulau ini adalah air laut nya jernih dari Port Dickson, Bagan Lalang dan laut yang berdekatan dengan tanah besar.Haha. Of course! 

Ada lagi ke pulau yang aku tak pernah pergi? Yup. Mestilah ada. Macam pulau Lang Tengah dan beberapa pulau kecil di Terengganu.

Apabila melawat pulau atau tempat menarik untuk hiking, aku sangat kagum melihat kecantikan ciptaan Allah. Mana mungkin alam ini terjadi dengan sendirinya. Pasti ada penciptaNya!




Redang



                                                                            Tioman

 


 

No comments:

Post a Comment