About Me

My photo
Latiffah.Writer of this blog. An informal form of writing on travelling, self-motivation and education.

Wednesday, December 14, 2022

Croatia

 

Pada 8 September 2022, diriku berpeluang mengembara ke Croatia terletak di Eropah tenggara yang merupakan sebahagian dari rantau Balkan.

Perjalanan mengambil masa 10 jam dari lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Istanbul. Kemudian dari lapangan terbang antarabangsa Istanbul ke Zagreb, Croatia mengambi masa 2 jam menggunakan Turkish airline.

Di Zagreb kami berjumpa dengan Gorki Balojani,guide yang membawa kami sepanjang berada di rantau Balkan. Gorki memperkenalkan kami dengan Eva, penduduk tempatan yang menceritakan kepada kami sejarah Bandar Zagreb ibu negara Croatia. Struktur bangunan di bandar Zagreb hampir sama dengan negara Eropah timur yang lain memandangkan Zagreb terletak berhampiran dengan Hungary, Austria, Slovenia dan Itali. Terdapat monumen terkenal di dataran Zagreb iaitu tugu Ban Josip Jelacic. Jelacic adalah leftenan yang berjuang untuk penghapusan perhambaan di Croatia semasa revolusi 1848. Bagi orang Croatia, dia adalah wira negara berjuang menentang rejim Austria yang licik. Namun, reputasinya berbeza di Austria kerana beliau dianggap sebagai pemberontak, berusaha untuk memecahkan empayar Austria manakala di Hungary beliau dilihat sebagai pengkhianat revolusi Hungary untuk kemerdekaan. Selepas perang dunia kedua, beliau dikritik sebagai tokoh anti-revolusi oleh komunis dan tugunya telah dialihkan dari pandangan umum tetapi namanya tidak dapat dilupakan oleh rakyat Croatia. Selepas runtuhnya rejim komunis di Croatia, monumen Jelacic kembali ke dataran bandar utama Zagreb dan beliau terus menjadi simbol semangat Croatia untuk kebebasan dan kemerdekaan. Setiap negara pasti mempunyai pahlawan yang berjuang demi kebaikan rakyat setempat dan membebaskan diri mereka dari dijajah.

Selain Zagreb, kami berpeluang melawat Dubrovnik. Salah satu negeri terletak di Croatia yang mempunyai keindahan pantai yang memukau. Dubrovnik juga mempunyai monumen terkenal dikenali sebagai ‘Orlando’s Column’ atau dalam bahasa melayu lajur Orlando terletak di tengah bandar lama, di Dataran Luza berhadapan Gereja Saint Blaise. Tugu ini didirikan pada tahun 1418, menampilkan pahlawan Orlando yang berperisai mengalahkan penceroboh pada zaman pertengahan (middle ages). Oleh itu, Orlando dikenang sebagai pahlawan yang membantu Dubrovnik untuk kekal sebagai negara kota perdagangan bebas. Selain itu, lengan pada tugu Orlando telah digunakan sebagai unit ukuran oleh peniaga tempatan untuk mengukur, memotong dan menjual fabrik pada masa lalu. Panjang lengan tersebut adalah 51.25 cm.

Abad ke-16 adalah zaman keemasan Dubrovnik dengan mempunyai armada yang berkualiti. Kapal seperti ghali (galley) dan pesisir (coastal) dibina untuk melakukan perdagangan, hal ehwal maritim ke seluruh Maditerranean, England, Jerman, India dan Amerika. Pada zaman ini juga empayar uthmaniyyah dan Dubrovnik mempunyai hubungan politik yang baik. Dubrovnik menghargai hak yang telah diberikan oleh kerajaan uthmaniyyah kepada mereka di mana apabila berlaku ancaman dari pihak luar, kerajaan uthmaniyyah turut sama membantu.

Dubrovnik mempunyai daya tarikannya tersendiri. Dikenali sebagai mutiara laut adriatik dikalangan penduduk tempatan merupakan pusat maritim yang terkenal. Dubrovnik pernah digambarkan oleh Samuel Pepys (tentera laut Inggeris) di dalam diarinya sebagai negeri kecil yang hebat, lebih kuno dari Venice dan dipanggil sebagai ibu Venice pada abad ke-17.



Bandar Zagreb  (Tugu Ban Josip Jelacic)

Orlando’s Column




Kedai pertama cipta neck-tie





Dubrovnik wall







Dubrovnik, pearl of Adriatic sea


No comments:

Post a Comment